Teknik Sawit Berat 002 : Bagi akar keluar banyak.

Teknik Sawit Berat 002 : Bagi akar keluar banyak.

Untuk kita makan dan minum, kita akan guna mulut.

Pokok pula makan dan minum ikut akar.

Akar itulah "mulut" kepada pokok sawit kita.

Kaitan akar dengan berat dan saiz buah sawit

Akar sawit yang banyak dan kuat akan buatkan pokok sawit stabil.

Pokok akan rasa lebih bersedia dan teguh untuk keluarkan buah sawit yang lebih besar dan berat.

Dari akar ini juga, pokok akan serap unsur baja dan air untuk hasilkan buah.

Sekiranya akar sawit cantik dan aktif, serapan pun jadi baik.

Maka pokok akan dapat makanan dengan sempurna.

Lalu dapatlah membentuk buah sawit dengan baik.

Masalah biasa akar sawit

Bila akar dah lama sangat, kita dapat tengok bentuk akar tu seakan mengeras.

Macam dah old school sangat.

Keadaan akar macam ni susah sikit nak serap baja dan air.

Menyebabkan pokok tak cukup baja dan air nak hasilkan buah.

Aktifkan balik akar sawit

Cara terbaik untuk aktifkan akar sawit adalah dengan baja organik.

Lebih spesifik baja cecair organik.

Bukan baja cecair kimia ataupun baja separa organik.

Baja cecair organik ni akan bekalkan baja unsur phosphorus dan zink sedia ada larut.

Dengan unsur-unsur ni, pokok sawit dapat bahan sempurna untuk membentuk akar sawit baru.

Kelebihan unsur baja phosphorus dari baja organik

Sifat baja organik adalah lepaskan unsur baja secara perlahan-lahan.

Maksudnya pokok dapat sedikit demi sedikit.

Lalu pokok sawit dapat bekalan baja berterusan untuk buatkan buah sawit berat dan besar.

Tanah pun terjaga dan tidak rosak.

Baja KLE
Produk baja KLE KLE TURBO Formula untuk menjadikan buah sawit berbuah banyak, besar dan berat. Unsur baja : N, P, K, Mg, Mn, Zn, B Special formula : KALIUM-BORON-REFLECT (KBR) khusus untuk pembentukan buah sawit besar dan berat. Isipadu : 1 liter pati pekat Kegunaan : 10 ekar kelapa sawit (550 pokok) Harga : RM285

Klik di sini untuk info produk baja KLE.

KLE | Memang Puas Hati