Sawit 003. Jarak pokok sawit
Jarak antara pokok sawit akan menentukan persaingan sesama pokok sawit bila sudah besar nanti.
Sekiranya terlalu padat, pokok jadi berebut air, baja dan cahaya.
Punca pokok sawit bersaing sesama sendiri
Apabila pokok sawit terlalu padat, akar akan bertindan sesama sendiri.
Dekat sini, pokok akan berebut air dan baja.
Menyebabkan pokok-pokok sawit ni tak dapat air dan baja mencukupi.
Pelepah juga akan bertindan sesama sendiri.
Lalu pokok berebut nak dapatkan cahaya matahari.
Kesan kepada pokok sawit
Apa jadi kepada setiap pokok akibat berebut sumber air, baja dan cahaya matahari?
Sudah tentu pokok tidak sihat dan kurus keding.
Nak berbuah pun tak boleh.
Kalau berbuah pun, hasil menjadi rendah.
Macam gambar di atas, kebun sawit ini dahulunya sangat padat.
Bila masuk kebun, rasa gelap dan suram akibat naungan pelepah yang bertindan.
Boleh lihat banyak pokok jadi kurus, tirus dan tidak berbuah dengan baik.
Jarak tanaman sawit
Setiap baka sawit ada ukuran pelepah berbeza.
Pelepah pendek, boleh tanam rapat.
Pelepah panjang, kena tanam berjarak.
Bentuk muka bumi berbeza pun main peranan juga.
Untuk memudahkan ukuran jarak tanam sawit
Dalam situasi ni, macam rumit pula nak tentukan jarak sawit kan?
Tenang...
Kita ambil satu formula ringkas.
Formula ni terpakai kepada semua jenis baka sawit.
Iaitu buat jarak 30 kaki antara pokok sawit.
Bersamaan 9 meter antara setiap pokok sawit.
Dengan jarak ni, pokok akan membesar dengan baik.
Setiap pokok akan dapat air, baja dan cahaya mencukupi yang seimbang.
Nak pokok membesar dan berbuah dengan lebih baik?
Pastikan baja pokok sempurna.
Apa baka terbaik sekalipun, sekiranya tak cukup baja, dia tak berbuah juga.
Alang-alang dah bagi baja butir kimia, bagi sekali baja tambahan cecair organik KLE.
Dengan ini, pokok sawit kita lebih perform macam atlet sukan yang cukup nutrients dan vitamin.
Nutrients utama ada, nutrients tambahan padu pun ada.
Barulah pecutan hasil lebih padu dan buah sawit lebih berat.