[Panduan] Rawat kebun sawit sakit dengan bajet rendah
Bila kebun sawit sakit, hasil pun sakit juga.
Ada satu kebun yang kami pernah lawat, kebun tu luas 10 ekar.
Agak-agak berapa hasil dia?
1 tan sahaja!
Ya, kebun seluas 10 ekar hanya dapat 1 tan.
Situasi bila nak rawat kebun sakit
Sekiranya duit kita banyak berkepuk-kepuk, mudah nak susun atur rawat kebun.
Namun, sekiranya duit tak berapa nak banyak, kena guna plan B.
Biasanya dalam keadaan ni, pemilik kebun akan terus putus asa.
Akhirnya, kebun sawit sakit terus terbiar dan menjadilah semak samun.
Rawat kebun sawit sakit dengan bajet rendah
Masih ada jalan untuk rawat kebun sawit sakit dengan bajet rendah.
Iaitu kita mulakan dengan rawatan 1 ekar sahaja.
Hasil duit dari 1 ekar tu, gunakan untuk rawat 1 ekar seterusnya.
Dah siap 1 ekar bulan ni, bulan depan buat lagi 1 ekar.
Begitulah hingga habis rawat seluruh kebun.
Memang lama guna kaedah ni.
Namun daripada kebun terbiar, baiklah rawat sikit-sikit.
Hingga kebun sawit kita jadi mesin duit.
Langkah rawat kebun sawit dengan bajet rendah
- Sekiranya kebun sawit semak, bersihkan dahulu kebun sawit. Boleh buat sendiri sekiranya mampu. Ini untuk jimatkan kos upah.
- Pruning pelepah sawit berlebihan dekat pokok sawit. Untuk pokok sawit matang, tinggalkan 1 atau 2 pelepah sahaja di bawah buah sawit terakhir.
- Gunakan baja NPK yang nilai K dia tinggi. Contohnya 16-4-20. K tinggi ni akan bantu pokok berbuah dengan baik.
Kaedah percepatkan proses rawatan sawit sakit
Langkah-langkah di atas sudah cukup untuk pulihkan sawit dengan kadar biasa-biasa.
Ianya akan memakan masa lama sikit.
Untuk rawatan lebih cepat dan efektif, biasanya kami gabungkan dengan baja cecair organik KLE.
Baja KLE ni akan bekalkan extra Kalium dan Boron dalam bentuk organik yang dipertingkatkan.
Menjadikan pembentukan buah lebih pantas dan selamat.
Kosnya pun tidak tinggi. Hanya RM28.50 seekar.
Melabur sedikit dan hasil pulih 1 hingga 3 kali ganda lebih banyak dan lebih cepat.
Cuba dulu 1 ekar
Baja KLE ada dalam bentuk 10 ekar dan ada dalam bentuk 1 ekar.
Cuba sahaja 1 ekar dahulu.
Untuk percubaan, boleh dapatkan baja KLE percuma sahaja.
Hanya tanggung kos pengurusan dan kos penghantaran RM15.
Nak dapatkan sampel baja KLE, boleh klik sini: