Punca daun sawit kuning
Daun sawit yang cantik dah tentu warna hijau berkilat. Itu tanda pokok sihat dan subur.
Bila daun sawit warna kuning, maksudnya dia tengah tunjuk yang dia tengah sakit.
Daun sawit kuning berpunca dari kekurangan Nitrogen
Nak cam kekurangan Nitrogen ni boleh tengok macam ni:
- warna daun hijau dia pucat
- bila dah satu tahap, jadi warna daun jadi kuning
Usia pokok mainkan peranan
Kebanyakan pokok sawit daun kuning ni berlaku dekat pokok umur 6 tahun dan ke bawah.
Sebabnya, masa peringkat umur ni, akar pokok masih lagi pendek.
Menjadikan pokok sukar nak capai baja dan air.
Kesan daun sawit kuning
Untuk pokok sawit muda, kesannya pokok sawit berisiko terbantut.
Saiz dia macam tu sahaja dan tak besar-besar.
Untuk pokok sawit matang, kesannya adalah hasil sawit rendah.
Bila daun sawit kuning, daun ni tak boleh serap tenaga matahari.
Maka lemahlah pokok untuk membentuk buah sawit akibat kekurangan tenaga.
Jadi pokok sawit tak berbuah dengan cantik.
Rawatan dan pencegahan
Untuk rawatan, kita berikan baja yang ada unsur Nitrogen.
Iaitu baja urea atau baja NPK.
Kaedah ini adalah kaedah rawatan kimia dan ada kesan kepada tanah.
Untuk menjadikan rawatan ini seimbang, gunakan sekali baja cecair organik.
Kelebihannya, baja cecair organik ni adalah bekalan Nitrogen yang sedia ada larut.
Maka mudah untuk pokok serap.
Selain itu, baja cecair organik ini akan merawat tanah supaya kekal neutral dan baik untuk pokok sawit.