Punca daun sawit kuning oren dan ada bintik oren
Daun sawit yang warna kuning, itu tandanya daun sawit kekurangan Nitrogen. Kami ada kongsi dekat sini.
Bila daun sawit tu kuning oren, itu tanda kurang benda lain.
Biasanya kita boleh tengok pokok sawit yang daun kuning oren ni tak berapa nak berbuah.
Tanda kekurangan Kalium
Unsur baja Kalium ni ada nama lain, iaitu Potassium.
Keduanya adalah merujuk benda yang sama.
Kesan kekurangan Kalium
Kesannya, pokok sawit kita tak berbuah.
Unsur ni antara unsur terpenting untuk pembentukan buah sawit.
Adakalanya buah keluar, tapi tak menjadi macam gambar bawah ni:
Buah terbentuk separuh jalan.
Kemudian jadi kering sahaja dan gugur ke bumi.
Rawatan kekurangan Kalium
Untuk kaedah baja kimia, kita akan berikan baja MOP atau boleh juga baja NPK yang nilai K tinggi.
Macam kami beritahu sebelum-sebelum ni, kaedah kimia ni ada kekurangan dia.
Iaitu boleh rosakkan tanah jika berlebihan.
Supaya tanah tak rosak, buat kaedah baja kimia dan baja cecair organik.
Kelebihannya, baja cecair organik ni adalah bekalan Kalium yang sedia ada larut.
Maka mudah untuk pokok serap.
Selain itu, baja cecair organik ini akan merawat tanah supaya kekal neutral dan baik untuk pokok sawit.