Sawit 002. Pemilihan anak pokok sawit
Bila nak tanam sawit, kita boleh pilih banyak jenis baka anak pokok sawit.
Ada yang biasa, ada yang baka pelepah pendek, ada yang keluarkan buah ringan tapi banyak dan lain-lain.
Kita hanya akan tanam sekali, kemudian anak pokok inilah yang akan kekal 25 tahun di kebun kita.
Setiap baka ada sifat berbeza.
Setiap baka ada kelebihan dan kelemahan dia.
Contohnya baka AA Hybrida 1. Baka ini lebih rendah dari baka biasa.
Bila umur pokok 25 tahun, ketinggiannya sama macam pokok biasa yang berumur 20 tahun.
Mudah untuk kait buah sawit.
Tips memilih baka pokok sawit
- Pastikan pembekal anak pokok sawit mendapat lesen dari MPOB. Supaya tidak tertipu.
- Cuba tanya-tanya pemilik kebun sawit lain tentang prestasi baka yang mereka pernah tanam.
- Sekiranya sudah pilih baka anak sawit, bandingkan harga dengan setiap pembekal berlainan supaya dapat harga jimat.
- Apabila baka sudah sampai, check setiap anak pokok dan pastikan anak pokok sihat.
- Jika pembekal anak pokok terhantar anak pokok sakit atau tidak normal, minta gantian anak pokok atau minta refund duit.
Memastikan anak pokok sawit membesar dengan baik
Anak pokok sawit terbaik macam mana pun, ianya tetap perlukan air, baja dan cahaya yang mencukupi.
Untuk memudah kerja membaja anak sawit, boleh tabur baja NPK 15-15-15. Ìni adalah baja seimbang untuk pembesaran anak pokok.
Kemudian berikan baja cecair organik KLE. Baja KLE akan melengkapkan unsur pada baja tabur.
Menjadikan pokok sawit lebih sihat dan membesar dengan baik.
Juga mengurangkan risiko anak pokok sawit terbantut.