Sawit 004. Melindungi anak pokok sawit
Anak pokok sawit kita macam kanak-kanak. Belum kuat dan belum boleh berdikari sendiri.
Anak-anak pokok ni terdedah kepada macam-macam risiko dan ancaman.
Ancaman kepada anak pokok sawit
Ini adalah ancaman-ancaman yang biasa terkena pada anak pokok sawit.
- Ancaman lembu liar. Lembu-lembu ini akan memakan daun pokok.
- Ancaman babi liar. Menyondol anak pokok sehingga terbalik.
- Ancaman binatang besar. Contohnya seperti gajah yang akan memijak-mijak anak pokok.
- Ancaman kera. Mencabut pucuk anak pokok sehingga menjadi terbantut.
- Ancaman kumbang. Mengorek dan merosakkan dari batang pokok kecil.
Kesan ancaman kepada anak pokok sawit
Bila terkena serangan ni anak pokok sawit kita boleh rosak.
Anak pokok sawit yang kehilangan daun jadi lambat membesar.
Pokok yang hilang pucuk juga boleh sakit dan terbantut.
Bila serangan binatang perosak ini terlalu kuat, anak pokok sawit boleh mati.
Gambar ni kami ambil ketika menziarah kebun.
Banyak pokok sawit hilang pucuk akibat serangan monyet.
Menyebabkan anak pokok sawit tidak membesar dengan baik.
Cara melindungi anak pokok sawit
Untuk elakkan serangan seperti lembu liar dan monyet, boleh pasang pagar.
Sekiranya dapat pagar elektrik, itu lebih baik.
Untuk binatang besar seperti gajah, boleh buat parit lebar dan dalam.
Supaya binatang-binatang ini tidak dapat menyeberang ke kebun kita.
Selain itu, boleh letak zink bentuk membulat di sekeliling anak pokok.
Bagi serangan kumbang pula, gunakan feromon perangkap kumbang.
Keperluan baja untuk pokok sawit membesar dengan baik.
Baja untuk anak pokok sawit adalah baja seimbang.
Iaitu baja NPK 15-15-15.
Baja ini akan berikan unsur baja lengkap untuk pembentukan akar, daun dan batang.
Untuk lebih cantik lagi, gunakan baja cecair organik KLE.
Baja ni akan tambah lagi unsur yang tiada pada baja butir.
Selain itu menjadikan tanah sawit terus cantik dan gembur.