Sawit 005. Pembentukan anak pokok sawit ditentukan pucuk dan daun
Peringkat anak pokok sawit, kita tak fokus kepada buah sawit dahulu.
Kita nak fokus dekat pertumbuhan pokok.
Bila anak pokok sawit dapat membesar, barulah dia boleh berbuah cantik masa umur 3 tahun nanti.
Kenapa pucuk dan daun sawit penting
Setiap bahagian pada anak pokok sawit ni, Tuhan dah buat boleh jadi banyak fungsi.
Contohnya pucuk:
- Membentuk daun-daun sawit baru. Supaya pokok boleh membesar.
- Membentuk struktur pokok.
- Menjadi antena mencari arah kedudukan matahari.
- Menjadi pelindung yang akan menghantar signal amaran sekiranya diserang serangga perosak.
Kita tengok daun pula:
- Ibarat dapur kepada pokok. Pokok akan serap tenaga matahari melalui daun.
- Tempat pokok bernafas. Iaitu menyerap karbon dioksida dan 'menghembuskan' oksigen.
- Meruap air dari pokok. Dari ruapan ini, sistem air dalam pokok mengalir dengan baik.
Unsur baja yang membentuk pucuk pokok sawit
Ada beberapa unsur baja yang membentuk pucuk pokok kelapa sawit.
Kita tengok yang utama, iaitu unsur Nitrogen.
Unsur Nitrogen ni agak kritikal kerana ianya adalah komponen utama untuk protein, enzim dan klorofil.
Sumber Nitrogen kepada anak pokok sawit
Nitrogen untuk baja sawit ada dalam beberapa bentuk.
Iaitu semulajadi, organik dan juga kimia.
Sumber semulajadi
Sumber semulajadi adalah dari pokok kacang penutup muka bumi.
Pokok ini mengikat Nitrogen dari udara dan lekat pada tanah.
Sumber kimia
Ini sumber yang mudah dan biasa digunakan.
Iaitu baja urea. Baja urea ni ada 46% unsur Nitrogen.
Kekurangan urea adalah perlu guna baja lain lagi seperti MOP.
Untuk memudahkan kerja, kita guna baja sebatian NPK yang banyak unsur dalam satu baja.
Gunakan baja NPK 15-15-15 yang ada unsur seimbang kepada pokok sawit.
Sumber organik
Sumber baja organik ni bagus. Dia lepaskan unsur Nitrogen secara perlahan-lahan.
Jadi pokok akan dapat baja sedikit demi sedikit secara berterusan.
Jadi pokok tidak terkena simpton 'panas dan terbakar' akibat terlebih baja.
Baja organik ni akan melengkapi dan memberi keseimbangan kepada baja kimia.
Kami sarankan anda guna baja cecair organik KLE.
Baja ini sedia ada larut dan berfungsi lebih cekap walaupun musim kurang hujan.