Sawit 006. Menjadikan anak pokok sawit cukup makan dan minum serta teguh

Sawit 006. Menjadikan anak pokok sawit cukup makan dan minum serta teguh
Anak pokok sswit di Lee Nursery, Kluang, Johor

Mula-mula kita tanam anak pokok sawit, ianya belum teguh lagi.

Kalau kena tolak atau angin kuat, anak pokok sawit ni boleh terbalik.

Cara menjadikan anak pokok sawit teguh

Bahagian anak pokok sawit yang akan menyokong pokok sawit ni berdiri adalah akar.

Akar ni akan berfungsi macam kita buat cerucuk tapak rumah.

Cerucuk ini akan memastikan struktur tu teguh sepanjang hayat.

Struktur akar sawit ni ajaib.

Dia akan memasak ke bawah dan akan menebar lebar dekat tanah.

Akar ni ibarat mulut kepada pokok sawit

Kita makan dan minum melalui mulut.

Pokok sawit pula makan dan minum melalui akar.

Dari akar ini berlakulah serapan unsur baja dan air.

Kuatkan akar anak pokok sawit sebelum tanam lagi

Waktu gali lubang pokok sawit, kita masukkan baja phosphate dalam lubang ni.

Kemudian, barulah kita letak anak pokok dan kambus pangkal anak pokok tersebut.

Baja phosphate ni akan galakkan pertumbuhan dan pembiakan sel-sel akar pokok sawit.

Memastikan akar anak pokok sawit terus berkembang

Ada banyak sumber unsur baja phosphate (phosphorus).

Untuk pekebun kecil dan sederhana, kami sarankan guna sahaja baja sebatian NPK.

Nisbah formula baja kimia NPK ini adalah 15-15-15, seimbang untuk keperluan anak pokok sawit membesar.

Nak lagi cantik

Kita gabungkan sekali dengan baja cecair organik KLE.

Dalam baja organik KLE, ada sumber baja phosphorus yang larut.

Jadi pokok boleh terus serap.

Selain itu, dalam baja KLE ini ada unsur baja Zink juga.

Zink juga berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan akar pokok sawit.

Zink akan melengkapi baja phosphate.

Lalu keperluan baja pokok padu dan lengkap.

Ini baja KLE 👇

Baja KLE
Produk baja KLE KLE TURBO Formula untuk menjadikan buah sawit berbuah banyak, besar dan berat. Unsur baja : N, P, K, Mg, Mn, Zn, B Special formula : KALIUM-BORON-REFLECT (KBR) khusus untuk pembentukan buah sawit besar dan berat. Isipadu : 1 liter pati pekat Kegunaan : 10 ekar kelapa sawit (550 pokok) Harga : RM285

Klik di sini untuk info produk baja KLE.

KLE | Memang Puas Hati