Sawit 008. Kaedah tanam semula sawit tanpa risiko kumbang dan ganoderma
Bila umur sawit kita dah dekat 25 tahun, kita pun congak-congak untuk tanam sawit baru.
Lalu kita tebang pokok sawit lama, kemudian tanam anak pokok sawit baru.
Risiko pokok sawit lama
Pokok sawit lama ni akan mereput.
Bila mereput, ianya akan jadi perumah kepada kumbang perosak sawit.
Kumbang ni bila kena dekat anak pokok, rosaklah pucuk sawit.
Selain tu, kulat ganoderma boleh hinggap dekat batang sawit lama.
Kaedah terbaik tebang dan tanam semula sawit
Kaedah terbaik adalah tebang dan racik batang sawit lama.
Bahasa mudah dia kita cincang batang sawit lama.
Kemudian kambus.
Kelebihan racik dan kambus sawit lama
Kelebihannya, kita dapat elak serangan kumbang dan kulat ganoderma.
Kedua, batang sawit lama akan jadi bahan organik dalam tanam.
Ketiga, batang sawit lama akan reput dan berikan keluarkan baja dalam batang sawit lama tu.
Nak anak pokok sawit membesar cepat?
Pastikan bagi baja sawit mencukupi.
Iaitu baja NPK 15-15-15, baja seimbang untuk anak sawit.
Nak sawit lebih sihat dan mudah berbuah, guna sekali baja KLE.
Baja ni akan lengkapkan baja NPK supaya keperluan anak pokok sawit sempurna.
Barulah cepat tuai hasil.