Sawit 009. Kelebihan dan kelemahan kaedah sulaman
Kaedah sulaman ni adalah kita tanam anak pokok sawit baru antara pokok sawit lama.
Biasanya proses ni kita buat masa sawit lama usia 22 tahun.
Bila sawit lama usia 25 tahun, kita racun bagi mereput dan mati.
Kelebihan kaedah sulaman
Kaedah sulaman ni boleh pendekkan tempoh menunggu anak sawit baru nak berbuah.
Sawit lama tiada, sawit baru terus keluar buah.
Kelemahan kaedah sulaman
Kaedah sulaman ni ada risiko dia.
Risiko dia, batang sawit lama boleh mereput dan tumbang atas anak sawit baru.
Selain tu, ada risiko batang pokok mereput, lalu menjadi tempat pembiakan kumbang.
Bukan kumbang je, kulat ganoderma pun boleh datang.
Yang terbaik
Yang terbaik adalah tebang dan tanam sawit lama dan tanam sawit baru.
Kami ada share kaedah tebang sawit lama kat sini.
Nak anak pokok sawit membesar cepat?
Pastikan bagi baja sawit mencukupi.
Iaitu baja NPK 15-15-15, baja seimbang untuk anak sawit.
Nak sawit lebih sihat dan mudah berbuah, guna sekali baja KLE.
Baja ni akan lengkapkan baja NPK supaya keperluan anak pokok sawit sempurna.
Barulah cepat tuai hasil.