Teknik Sawit Berat 003 : Salurkan tenaga kepada buah

Teknik Sawit Berat 003 : Salurkan tenaga kepada buah

Awal-awal anak sawit kita membesar, anak sawit kita akan fokus untuk membentuk daun, batang dan akar.

Orang putih panggil sebagai vegetative growth.

Dalam proses ni, tenaga pokok hanya fokus nak bagi pokok sawit terbentuk cantik.

Bukan untuk jadi buah lagi.

Apabila sawit sudah mula matang

Sewaktu sawit umur 2 tahun setengah dan ke atas, pokok mula stabil.

Jadi tenaga akan fokus kepada pembentukan bunga dan buah.

Itu yang kita nampak sawit mula belajar berbuah masa umur ni.

Proses ni akan akan beterusan

Proses vegetative growth ni akan berterusan.

Sehingga ke akhir hayat pokok sawit.

Namun...

Ada kalanya, pokok sawit tak boleh nak seimbangkan tenaga.

Tenaga yang sepatutnya pergi ke pembentukan buah, hanya pergi ke pembentukan vegetative growth.

Macam mana pokok nak ada buah kalau macam ni?

Kaedah penyelesaian supaya tenaga sawit seimbang dan keluar buah banyak serta berat

Untuk seimbangkan balik, pokok sawit perlukan unsur baja Phosphorus yang cukup.

Unsur baja Phosphorus inilah yang mainkan peranan untuk salurkan tenaga pokok.

Dekat baja kita ada tulis NPK, P itulah phosphorus.

Bila pakai baja butir NPK, namun pokok masih tak berbuah

Bila hanya pakai baja kimia, unsur phosphorus ni boleh keliru.

Lalu bertindak balas dengan bahan lain dalam tanah.

Menyebabkan akar tidak dapat menyerap phosphorus tadi.

Supaya serapan phosphorus cantik

Untuk jadikan serapan cantik, gunakan baja kimia NPK sekali dengan baja cecair organik.

Bukan baja cecair kimia ataupun baja separa organik.

Bahan organik dalam baja cecair organik ni akan lindungi phosphorus dari bertindak balas dengan bahan lain dalam tanah.

Lalu phosphorus lebih tersedia kepada akar pokok dan dapatlah pokok sawit kita makan phosphorus.

Supaya tenaga pokok seimbang untuk membentuk buah yang berat dan besar.

Baja KLE
Produk baja KLE KLE TURBO Formula untuk menjadikan buah sawit berbuah banyak, besar dan berat. Unsur baja : N, P, K, Mg, Mn, Zn, B Special formula : KALIUM-BORON-REFLECT (KBR) khusus untuk pembentukan buah sawit besar dan berat. Isipadu : 1 liter pati pekat Kegunaan : 10 ekar kelapa sawit (550 pokok) Harga : RM285

Klik di sini untuk info produk baja KLE.

KLE | Memang Puas Hati